Resepi Nasi Arab Mudah & Sedap
KATEGORI : Masakkan Arab
MASA PENYEDIAAN: 45 Minit
HIDANGAN: 4 Orang
Tentu tuan tuan dan puan puan pernah makan nasi arab di restoran arab yang terkenal di ibu kota. Kali ni saya nak bawa kalian semua untuk belajar sama sama untuk masak sendiri Resepi Nasi Arab Mudah & Sedap Kalian juga boleh belajar RESEPI TOMYAM SEDAP DISINI.
Sebagaimana yang kita tahu Resepi Nasi Arab Mudah & Sedap yang akan saya ajarkan krpada kalian ini adalah resepi yang diajarkan oleh kawan saya sendiri iaitu chef dari restoran arab yang agak terkenal di ibukota semasa kami bertemu dahulu.
Nasi arab pada kebiasaannya disediakan dari asas yang berlainan seperti ayam, kambing mahupun daging, setiap asas stock yang berbeza. Dari sinilah sebenarnya perbezaan yang paling ketara jika hendak mendapatkan rasa yang sangat sedap kepada nasi arab yang kita akan masak kelak.
Bahan - Bahannya:
Resepi Nasi Arab Mudah & Sedap
UNTUK NASI- Sepeket PES Nasi Arab Mendy (CLICK SINI UTK DETAILNYA)
- 700 ml air @ Stock Ayam ( Click untuk Resepinya )
- 1/2 Ekor Ayam @ 1kg Daging
- 1 Sudu makan garam
- 1/2 cawan yogurt
- 1/2 Sudu makan lada hitam yang ditumbuk halus
- Daun ketumbar
- Kismis
- Bawang goreng
CARA PENYEDIAAN Resepi Nasi Arab Mudah & Sedap:
- Basuh & rendamkan beras Basmathi selama 1 jam kemudian toskan.
- Panaskan 700ml air atau stock ayam, kemudian masukkan pes Nasi Arab Al-Baroqah.
- Apabila mendidih masukkan 1/2 ekor ayan ataupun 1kg daging berserta dengan 1 sudu makan garam, (jika daging lembu atau kambing, hendaklah direbus terlebih dahulu sehingga lembut) jika suka bolehlah masukkan 1/2 cawan yogurt untuk memberi rasa sedikit lemak kepada nasi anda nanti.
- Angkat ayam @ daging untuk dipanggang, perapkan dengan 1 paket rempah perapan, 1/2 cawan yogurt, atau 3 sudu makan minyak zaiton, 1/2 tbsp lada hitam yang ditumbuk dan garam secukup rasa, bakar pada suhu 180 selama 15 - 20 minit.
- Masukkan beras kedalam stock tadi dan masak seperti biasa.
- Apabila sudah kering masukkan titisan pewarna saffron yang dibancuh dengan 5 sudu makan air.
- Tabur dengan daun ketumbar, kismis dan bawang goreng, garul rata dan sedia dihidang.
- Boleh juga diasapkan terlebih dahulu jika suka.
- selamat mencoba.
Resepi Nasi Arab Mudah & Sedap
Boleh juga dimakan bersama dengan:
SAMBAL ARAB
- Kisar 2 biji Tomato, 2 biji cili merah, daun ketumbar, garam, gula dan lemon jus (Boleh tambah cili padi mengikut kepedasan)
SALATOH / SALAD ARAB
- Potong 2 batang timun dan 2 biji tomato.
- masukkan hirisan daun ketumbar, garam dan perahan lemon jus
- gaul semua sebati dan sedian untuk dihidang, jika suka boleh tambah yogurt sekali.
0 Comments