Resepi German Eiskaffee Sedap
Sedapnya sesekali dapat layan German Eiskaffee di hujung minggu dengan keluarga bole santai santai kan, sebenarnya apa tu Eiskaffee tu eyh? ha jom admin nak citakan sikit apa tu eiskaffee yer, ia sebenarnyer sejenis minuman sejuk yang berasaskan daripada coffee yang sangat kuat rasanya dan di hidangkan sekali dengan vanilla icecream dan di toppingkan dengan whipping cream... nyum nyumm sedapnyer kan, tambah pula kepada penggemar coffee, ni adalah salah satu minuman yang sangat di suggest kan, kepada anda.
Bahan bahan:
Rasa kopi yang pahit bercampur dengan rasa lemak manis ternyata memberi satu kenikmatan yang sukar digambarkan, sekaligus menjadikan ia antara minuman paling popular di seluruh dunia.Resepi German Eiskaffee
Ice coffee sedapBahan bahan:
- 150ml chilled espresso
- 2 Scoop icre cream vanilla
- Whipped cream
- Cocoa powder
Caranya:
- Simpankan espresso semalaman di dalam chiller, bole jua kalau nak letakkan ice tapi kurang kuat nanti rasa coffee nyer.
- Tuangkan espresso kedalam glass,
- Blendkan sedikit whipping cream dengan vanilla untuk base.
- Tuangkan base kedalam glass.
- Kemudianya scoop vanilla ice cream dan paipkan whipped cream diatas nya dan sudahkan dengan dust cocoa powder,
- Sedia dihidangkan.
- Selamat mencuba.
Fakta tentang Coffee:
Bagi pencinta kopi, seteguk minuman itu sudah mampu untuk bertindak sebagai ‘ubat penenang’ buat mereka. Bau harum biji kopi yang dipanggang bagai menjadi satu terapi, malah adakalanya
mampu menghilangkan tekanan selepas sibuk dengan tugas seharian.
Sambil menikmati secawan kopi, apa kata kita semak antara fakta menarik mengenai minuman ini.
- Tanggal 1 Oktober dipilih sebagai Hari Kopi Sedunia oleh Pertubuhan Kopi Antarabangsa.
- Kopi paling mahal di dunia adalah Black Ivory Coffee, dan ia diperbuat daripada najis gajah. Harga kopi ini adalah kira-kira AS$50 (RM220) secawan.
- Kopi segera (instant coffee) dicipta oleh lelaki bernama George Washington pada tahun 1906. Ia bagaimanapun tidak mendapat sambutan kerana rasanya yang teruk.
- Sekumpulan masyarakat etnik di Ethiopia dikatakan antara yang pertama mengesan khasiat kafein dalam kopi. Ia terjadi apabila kambing peliharaan mereka mula menunjukkan keaktifan luar biasa selepas diberi kopi.
- Daripada lebih 50 spesies kopi di seluruh dunia, hanya ada dua jenis kopi yang paling popular digunakan untuk produksi komersil iaitu Arabica dan Robusta.
- Kopi memberi manfaat kepada kesihatan antaranya mampu mencegah penyakit Alzheimer, Demensia, Parkinson dan jantung. Ia juga membantu untuk membakar lemak.
- Brazil merupakan negara yang paling besar menghasilkan kopi iaitu sebanyak 40%, diikuti Columbia dan Vietnam.
- Mungkin ramai yang tidak tahu kopi merupakan sejenis buah. Buah kopi dipanggil coffee berries. Ia sejenis buah yang boleh dimakan dengan biji kopi di dalamnya. Ramai memanggilnya sebagai bean atau kacang kerana bentuk buah itu yang menyerupai kacang.
- Minum 100 cawan kopi sehari cukup untuk membunuh seorang manusia.
- Kopi juga bagus untuk kecantikan. Antara kelebihan kopi ialah melembutkan kulit wajah, mengatasi masalah kulit berminyak, mengecilkan pori-pori dan menghilangkan parut jerawat.
0 Comments